23.0
ADAB-ADAB MURID TARIQAT GHAZALIYYAH
24.0
ADAB-ADAB MURSYID TARIQAT GHAZALIYYAH
25.0 SANAD
AT-TARIQAH AL-GHAZALIYYAH
Daripada
Rasulullah s.a.w, kepada
Huzaifah
Al-Yaman, kepada
Hasan
Al-Basri, kepada
Habib
Al-Ajami, kepada
Daud
At-Ta’i, kepada
Ma’ruf
Al-Karkhi, kepada
Siri
As-Saqti, kepada
Junaid
Al-Baghdadi, (yang kemudiannya mengasaskan jalannya atau mazhab tasawufnya
sendiri) kepada
Abu
Sa’id Al-‘Arabi, kepada
Abu
Talib Al-Makki, kepada
Syeikh
Yusuf bin Muhammad, kepada
Syeikh
Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf , kepada
Imam Abu
Al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah, kepada
Imam
Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad).
*Sampai
di sini, suatu ketika Imam Al-Ghazali berasa bahawa dengan segala ilmu, iman
dan amal yang ada padanya selama ini daripada sanad yang di atas, belumlah dapat
mencapai maksud yang dikehendakinya. Oleh itu, Imam telah beruzlah selama lebih
kurang 10 tahun. Dalam uzlah inilah akhirnya barulah beliau berjaya mencapai
matlamatnya, barulah beliau berpuas hati lalu mengasaskan satu jalan kerohanian
atau mazhab tasawufnya sendiri yang kita kenali sebagai At-Tariqah
Al-Ghazaliyyah (Tarekat Ghazaliah).
Daripada
Imam Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad), kepada
Imam
Ahmad Al-Ghazali (Abul Futuh Mujiduddin Ahmad bin Muhammad), kepada
Syeikh
‘Ainul Qudhat al-Hamadani (Abul Ma’aali Abdullah bin Abu Bakar Muhammad),
kepada
Salah
seorang murid Syeikh ‘Ainul Qudhat.
*Pada
usia yang masih muda (33 tahun), Syeikh ‘Ainul Qudhat telah difitnah oleh
pihak-pihak yang dengki kepadanya lalu dihukum mati oleh pemerintah tempatan. Semua
individu yang ada kaitan dengan ‘Ainul Qudhat juga dicari oleh pihak berkuasa. Murid-muridnya
terpaksa menyembunyikan diri atau menukar identiti mereka. Hal ini menyebabkan
penerus kepada ajaran Syeikh ‘Ainul Qudhat ini tidak dapat dikenalpasti. Oleh
sebab itu, sanad Tariqat Ghazaliyyah ini tidak dapat diketahui, sehinggalah
beberapa generasi kemudiannya barulah dapat dizahirkan semula oleh As-Sayyid
Syeikh Ahmad Ad-Dayurbi.
As-Sayyid
Syeikh Ahmad Ad-Dayurbi, kepada
Syeikh
Ismail bin Muhammad Salim, kepada
Syeikh
Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi, kepada
Kiai Muhammad Salleh Gunung Pondok, kepada
Ustaz
Abdullah Khandaq, kepada
Ustaz
Muhammad Salleh bin Abdul Rahman As-Sibyani, kepada
Abu
Zulfiqar Al-Amsyari
25.0
CONTOH SUKATAN PENTARBIYYAHAN TARIQAT GHAZALIYYAH
(*Sekadar
panduan, bukan ketetapan mutlak)
PERINGKAT
PENGENALAN
Menerima
amalan Zikir Harian Tariqat Ghazaliyyah dan berusaha mengamalkannya secara
istiqamah.
PERINGKAT
PERTAMA
i.
Meneruskan amalan Peringkat Pengenalan.
ii.
Berusaha untuk menghadiri mana-mana majlis
pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika tidak dapat, memadailah dengan majlis
pengajian kitab Minhaj al-‘Abidin. Jika tidak dapat juga, bolehlah ditampung
buat sementara dengan majlis pengajian kitab Siyarus Salikin. (Kitab Ihya’ atau
kitab Minhaj merupakan “pakaian diri” bagi ikhwan Tariqat Ghazaliyyah). Sekiranya
tidak ada juga, berusahlah mencari mana-mana kelas pengajian kitab tasawuf
sebagai penampung.
iii.
Bagi mereka yang mampu untuk membaca dan memahami
sendiri kitab-kitab yang dinyatakan tadi, bolehlah berbuat demikian. Dari segi
penghayatannya, bolehlah dirujuk kepada mu’allim tariqat ini, atau
sekurang-kurangnya orang yang ada ilmu tentang kitab itu sekalipun orang itu
bukan bertariqat Ghazaliyyah.
iv.
Berusaha untuk menghadiri mana-mana majlis-majlis
keagamaan khususnya majlis ilmu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
v.
Berusaha untuk menghadiri majlis-majlis Tariqat
Ghazaliyyah ini sekiranya ada, untuk mendapatkan penjelasan dan pemahaman lanjut
dari semasa ke semasa.
vi.
Berusaha untuk mendapatkan solat fardhu
berjemaah di masjid, surau atau yang seumpama dengannya (bagi yang lelaki).
vii.
Hendaklah berusaha menutup aurat dengan
sempurna. Elakkan bertabaruj (berhias-hias bagi wanita di depan yang bukan
mahramnya).
viii.
Berusaha untuk membaca Al-Quran dengan
menatapnya pada setiap hari walaupun sekadar 1 ayat sahaja (kepada yang belum
boleh membaca Al-Quran, hendaklah berusaha belajar).
ix.
Berusaha untuk sentiasa berkelakuan baik dan
membuang perlakuan-perlakuan yang buruk di mana-mana sahaja kita berada.
PERINGKAT
KEDUA
i.
Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan
dan Peringkat Pertama.
ii.
Memahami dan menghayati Zikir Harian (melalui penjelasan oleh mu’allim
Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya oleh orang yang tahu sekalipun dia
tidak bertariqat Ghazaliyyah).
iii.
Mendapatkan amalan Wirid Harian Tariqat Ghazaliyyah dan berusaha
mengamalkannya secara istiqamah.
iv.
Mengetahui latar belakang Tariqat Ghazaliyyah (melalui penjelasan oleh mu’allim
Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya ikhwan Tariqat Ghazaliyyah sahaja, supaya
tidak berlaku salah faham).
v.
Ambil tahu tentang sifat-sifat mahmudah dan
sifat-sifat mazmumah.
PERINGKAT
KETIGA
i.
Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan,
Pertama dan Kedua.
ii.
Memahami dan menghayati Wirid Harian Tariqat Ghazaliyyah ((melalui
penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya oleh orang
yang tahu sekalipun dia tidak bertariqat Ghazaliyyah).
iii.
Mengetahui dan memahami latar belakang Tariqat Ghazaliyyah (melalui
penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya ikhwan
Tariqat Ghazaliyyah sahaja, supaya tidak berlaku salah faham).
iv.
Mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan sunat
dalam agama Islam khususnya yang dianjurkan oleh Tariqat Ghazaliyyah.
v.
Mula mempelajari dan mengetahui intipati
kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah,
Kimiya’ as-Sa’adah dan Misykat al-Anwar.
PERINGKAT
KEEMPAT
i.
Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan
hingga Peringkat Ketiga.
ii.
Mengamalkan dan memahami amalan-amalan sunat dalam agama Islam
khususnya yang dianjurkan oleh Tariqat Ghazaliyyah.
iii.
Mengetahui dan memahami intipati kitab
Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Kimiya’
as-Sa’adah dan Misykat al-Anwar.
iv.
Ada pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu
mukasyafah dan ilmu mu’amalah.
v.
Ada pengetahuan tentang syariat dan haqiqat.
PERINGKAT
KELIMA
i.
Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan
hingga Peringkat Keempat.
ii.
Umumnya mengamalkan dan menghayati seluruh
pelajaran penting dalam Tariqat Ghazaliyyah.
iii.
Sentiasa berusaha untuk menjadi contoh ikutan
yang baik dari segi rohani dan jasmani.
iv.
Umumnya memahami seluruh hal ehwal Tariqat
Ghazaliyyah.
v.
Memahami dan menghayati intipati kitab
Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Kimiya’ as-Sa’adah
dan Misykat al-Anwar.
vi.
Memahami akan ilmu mukasyafah dan
menghayati ilmu mu’amalah.
vii.
Mampu “menyeimbangkan” antara haqiqat dengan
syariat.
viii.
Mampu menyampaikan/mengajarkan isi pelajaran Tariqat
Ghazaliyyah
ix.
Layak mengijazahkan amalan tariqat ini kepada orang lain (tetapi belum
layak mengijazahkan ilmu dan tariqat ini)
PERINGKAT
KEENAM
i.
Umumnya memiliki semua ciri dari Peringkat
Pengenalan sehingga ke Peringkat Kelima.
ii.
Sentiasa berusaha dan mampu menjadi contoh yang
baik dari segi rohani dan jasmani.
iii.
Stabil dalam “menyeimbangkan” antara haqiqat
dengan syariat (orang
yang gagal atau sukar “menyeimbangkan” antara haqiqat dengan syariat, hilang
kewarasan, gila isim, mudah mabok (sakr), asyik terfana’, tenggelam tanpa
kesedaran diri dan seumpamanya tidaklah layak menjadi mu’allim tariqat ini).
iv.
Memahami ilmu mukasyafah dengan baik dan
berpengalaman luas dalam ilmu mu’amalah dan pengamalannya.
v.
Sekurang-kurangnya mampu menyampaikan
pengajaran menggunakan kitab Minhaj al-‘Abidin, dan terlebih baik jika kitab
Ihya’ ‘Ulumuddin, walaupun sekadar kepada satu orang.
vi.
Mampu menyampaikan/mengajarkan Tariqat
Ghazaliyyah.
vii.
Layak mengijazahkan amalan, pengetahuan dan
tariqat ini kepada orang lain.
viii.
Layak menerima bai’ah.